30 November 2011

Dugaan dan Rahmat Allah

1. Tidak Semua Musibah Bererti Kemurkaan Allah

              Wahai Ukhti Muslimah, musibah menurut Islam mempunyai makna serta pengertian yang luas. Tidak setiap musibah bererti kemurkaan daripada Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauhmana keimanan manusia menerimanya, betulkah ia seorang mukmin sejati atau hanya beriman di mulut sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
Ayat tersebut bermaksud memberi penjelasan atas tanggapan salah sebahagian manusia bahawa mereka cukup dengan hanya berkata dimulut tentang keimanan mereka. Padahal pengakuan mulut itu bukanlah satu bukti bagi keimanan seseorang, tetapi mestilah melalui cubaan atau ujian. Umat-umat yang dahulupun telah dicuba Allah dengan pelbagai bentuk ujian, maka ketika itulah baru jelas siapa yang berkata bohong dan yang berkata benar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." (HR. Muslim)

Wahai Ukhti Muslimah, kadangkala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika ia melakukan dosa, supaya ia tidak berterusan dalam kemaksiatannya, sedar dan insaf seterusnya kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." (Al-An'am: 42)

Ayat-ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum umat Muhammad, tapi mereka tidak mengendahkan seruan para Rasul itu. Maka Allah SWT menimpa kesusahan dan kesengsaraan ke atas mereka, supaya mereka insaf dan menyedari kesilapan mereka dan kembali kepada Allah SWT. Jadi musibah yang menimpa mereka itu bukanlah seksaan semata-mata tapi ia adalah amaran atau peringatan agar mereka jangan berterusan dalam dosa yang mereka lakukan.

2. Ujian Penghapus Dosa

Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah." (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tinkat imannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujain demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil".

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Au menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya gengan syurga". (HR. Bukhari)

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Wahai Ukhti Muslimah, terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:
Beroleh ampunan dari Allah
Beroleh rahmat dari Allah
Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hinnga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa kerana didalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:

> Pengakuan diri sendiri, anak, suami, isteri dan seluruh harta adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan atas dasr amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT.

> Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat, yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan Tuhannya. Jika ada yang mendampinginnya, maka itu adalah amalnya ketika di dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian sebagaimana Kami ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu akan tinggal di dunia." (Al-An'am: 94)

28 November 2011

7 Kelebihan Bersabar

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatoh dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mehu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
  •  Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
  •  Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  •  Memiliki iman sejati

27 November 2011

I Ct dan cuti .......

Malam semalam semua anak -anakku telah mengikut sepupu mereka ke I Ct. Kata mereka orang terlalu ramai dan sukar untuk berjalan .. Menurut isteriku ,,,, banyak kemudahan yang telah ditambah semenjak kami datang 9 bulan dahulu. Kalau dulu hanya ada rumah salji yang tak berapa sejuk dan pokok - pokok berlampu yang baru  di pasang .
         Tapi sekarang semuanya telah berubah . Pokok - pokok yang berlampu telah banyak dipasang . Rumah salji juga telah banyak diperbaiki. Jadi kepada semua yang sedang bercuti selamat bercuti,,,,,,

25 November 2011

PUSRATU.....dan Atritis

          Hari ni pergilah saya dan isteri serta anak-anak ke PUSRATU, di Paya Jaras, Selangor. Tujuannya ke sana adalah ingin mencari panawar ubat bagi penyakit Atritis yang telah mendampingi diri ini lebih kurang 3 tahun lamanya . Penyakit ini kalau ikut kata doktor pembawakan daripada genetik dan sehingga kini belum dijumpai ubat yang benar - benar mujarab . Kini telah terbuka jalan yang ditunjukkan Allah kepada saya semoga saya dapat bertemu jodoh ubat bagi penyakit yang  telah lama dihadapi ini. 
        Menurut pengamal perubatan di PUSRATU , penyakit ini berada dalam kategori "garang" . Ya memang saya akui. Sebabnya kalau makan ubat paling lama dua atau tiga kali aje yang berasa lega , lepas itu penyakit ini akan menyerang semula dalam kadar dua kali ganda . Pada masa tu , sakitnya janganlah cerita ,, hanya Allah sahaja yang tahu. 
        Oleh itu dengan bermulanya proses perubatan ini pada hari Isnin hadapan semoga diri ini dapat bertahan dan menemui jodoh ubat bagi penyakit ini . Semoga Allah meringankan penyakit yang ada di badan saya dan berada dalam keadaan sihat semula ,,, insyaalah . Kita hanya berharap ,berikhtian dan berdoa hanya Allah yang memakbulkan segalanya . Amin  semoga penantian mencari ubat ini akan beroleh kejayaan dan keberkatan dari Allah ...


22 November 2011

Bola dan kereta kebal

                 Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda kita yang telah berjaya mematahkan keegoan Sang Garuda dalam Game bola yang lalu . Jika kita lihat dalam dunia mana kalau nak pegi ke padang bola kena naik kereta kebal. Semua ini hanya terdapat di negara sana . Pelik sungguh . Nak pergi beli tiket atau beli baju untuk di bawa pulang ke tanah air juga tak tahulah macam mana tahap keselamatan di sana . Kita lihat kelakuan  dan tindak balas orang di sana yang mencaci dan memaki hamun pemain kita sebelum perlawanan bermula . Akhirnya dengan keazaman dan keizinan Allah kita dapat membisukan  80 ribu penyokong mereka .Tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang telah bermain bermati matian semasa berada di sana . Tahniah sekali lagi .

Cuti dan cuti

             Cuti dah bermula . Ingatnya nak bawa anak isteri pergi bercuti di mana - mana. Namun terdapat halangan yang tak dapat dielakkan . Almaklumlah badan pun tak berapa sihat  .Kasihan melihat mereka . Apa nak buat ,,, ingat nak kirimkan mereka pergi ke Perak bersama sepupu -sepupu mereka , tapi rasa bimbang plak , sebab anak sulungku tu kalau dah jumpa air susah nak berhenti. Ahhhh dalam delema plak aku ,,, tak tau lagilah macam mana . ......

21 November 2011

Astro .... ohhhhhh Astro .....

         Baru dua hari aku membeli  Tv baru untuk anak-anakku. Maklumlah Tv yang lama telah tamat riwayatnya . Aku  rasa amat sayang akan Tv tg lama tu ,, baru 8 tahun digunakan tapi nak buat macam mana dah rosak , maka terpaksalah beli Tv yang baru. 
        Bila dah beli Tv baru ,, lain pula masalahnya ... gambar di kedai sangatlah cantik tapi bila  dah beli dan bawa balik ... lain pula jadinya . gambar Tv yang baru beli tu tidak secantik di kedai. Bila aku bertanya semua kepada budak yang menjual Tv tu .. dia beritahu yang aku mesti melanggan Bion Astro untuk mendapatkan kualiti gambar yang cantik. Dia kata Tv LED yang aku baru beli tu tak sesuai dengan astro lama . Hai politik betullah dia orang ni.  Memang main politik kotor . Tapi kita sebagai pengguna nak cakap apa terpaksalah mengikut sahaja kalau ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.
           Inilah padahnya kalau tiada persaingan dalam dunia penyiaran  swasta . Astro bebas menaikkan yuran langganan dan main kotor dalam menyalurkan pancaran siaran kepada pengguna . hai ... duit lagi. Bilalah masalah ekonomi nak selesai . gaji tak naik lagi ... harga semua barang dah naik.....


15 November 2011

Masyarakat.....Mentaliti & wang

Dewasa kini kita dihangatkan dengan pemberian wang Rm100 untuk semua murid sekolah . Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin akan nasib dan kedudukan ekonomi kami rakyat jelata yang begitu meruntun jiwa . Namun begitu , terdapat segelintir di antara kita yang kurang sabar untuk menerima wang tersebut. Ada antaranya yang telah menelifon pihak sekolah bagaimana dan bila boleh dapat wang tersebut. Walaupun telah diberitahu pada mulanya wang itu akan diberi , cuma hanya menanti  masa dan ketika , namun  ada di antara mereka seperti tidak faham .. dan sanggup menghamburkan kata -kata yang kurang enak didengar hanya kerana kelewatan mendapat wang tersebut.
             Alangkah baiknya jika sikap sebegitu ditunjukkan apabila dijemput datang ke sekolah untuk menanda kad kemajuan anak. Alasan yang diberi sibuk ,, tak ada masa ,, dan macam-macam lagi. Tetapi jika perkara yang menyentuh berkaitan wang ,, pasti akan sampai . Saya bukan ingin memprsoalkan tindakan mereka itu ,, tetapi berasa amat kesal dan semua kelakuan yang berlaku ini  telah dapat menggambarkan mentaliti dan cara masyarakat kita berfikir.
         Sebagai contoh jika dilihat di Kota London, mereka ada menjual surat Khabar dengan hanya meletakkan tong dan tempat mengisi wang sahaja .Kita dapati masyarakat di sana akan mengambil senaskah surat khabar yang ingin di beli dan memasukkan wang secukupnya ke dalam kotak yang disediakan . Cuba kita imaginasikan   teknik penjualan akhbar ini di aplikasikan di negara kita ... saya rasa bukan surat khabar yang habis bahkan tong duit pun akan hilang sekali. Ini hanya pandangan dan pendapat peribadi sahaja . 
         Walau bagaimanapun tidak semua insan di negara ini yang berperangai seteruk ini . Kita masih lagi berupaya menjadi masyarakat kelas pertama jika banyak aspek diperbaiki sama ada dalam diri atau luaran . Semoga apa yang dicatatkan di sini dapat dikongsi bersama dan menjadi ikhtibar kepada kita semua.

14 November 2011

Hai Cikgu apa dah jadi .............

Salam  kasihan kepada semua guru yang berada di negara ini . Kita kini akan berhadapan dengan kerja yang semakin mencabar pada tahun hadapan (2012). Sebagai seorang guru , tempoh perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga umur persaraan 60 tahun. Pasti menarik pada masa itu sebabnya  kebanyakan guru akan di papah dan dibantu oleh murid untuk masuk ke dalam kelas untuk mengajar. Semasa mengajar pulak , ada seorang dua murid yang gagah akan memicit - micit badan dan kaki guru yang sedang mengajar . Al maklumlah dah tua . Silap-silap ramai guru yang mati atau pitam semasa mengajar . Ambulans  akan berlumba-lumba datang ke sekolah , nak ambil guru yang sakit atau mati dalam kelas .Masa mengajar pula sampai jam 4.30 petang. Kasihan anak cucu yang berada di rumah . Terpaksa menunggu datuk dan nenek pulang kerumah. Ohhhhhh guru hebatnya kamu .......
           

09 November 2011

Muridku sayang

Hari ini di sekolahku amat sibuk dengan majlis raptai penyampaian hadiah. Dalam barisan penerima hadiah itu , aku berasa amat bangga dan bersyukur kerana terdapat dua orang anak didik ku yang layak untuk menerima hadiah pada tahun ini . Walau pun mereka berada dalam kelas yang sederhana , namun kesungguhan yang ditunjukkan dan keikhlasan mereka telah membuahkan hasil. Kedua-dua orang murid ini telah mendapat GPP atas 1.2. Tahniah ikhlas dari gurumu.

Kajian : Morfologi


Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah memartabatkan bahasa Melayu
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
            Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
MORFOLOGI

1.1Pendahuluan
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.

1.2DefinisiMorfologi
Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.
http://astakanusantara.blogspot.com/2009/10/konsep-dalam-morfologi.html
1.0 PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.
Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

http://witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.html
JENDELA SELATAN (BIL.11/APRIL 2005)
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan –an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke-…-an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm
SINTAKSIS
  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
  • Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
  • Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
  • Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
  • Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
 
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah


  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/03/sintaksis.html
 SINTAKSIS

Sintaksis adalah salah satu cabang tata bahasa yang membicarakan struktur-struktur kalimat, klausa, dan frase.

Ø Definisi atau batasan sintaksis menurut para ahli

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup tentang kata yang sering dianggap bagian dari gramatika yaitu morfologi dan cabang linguistic yang mempelajari tentang kata.

- Ramlah (2001:18)

Istilah sintaksis (Belanda, Syntaxis) ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasa yang membicarakan seluk beluk wacana, kalimat, klausa dan frase.

- Gleason (1955)

“Syntax maybe roughly defined as the principles of arrangement of the construction (word) into large constructions of various kinds.”

Artinya: sintaksis mungkin dikaitkan dari definisi prinsip aransement konstruksi (kata) kedalam konstruksi besar dari bermacam-macam variasi.

- Ramlah (1976:57)

Sintaksis adalah bagian dari tata bahasa yang membicarakan struktur farase dan kalimat.

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Mendefinisikan sintaksis sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuan terkecil dalam bidang ini adalah kata.


- O’ Grady, et. al., (1997)

“the system of the rules and categories that underlines sentence formation in human language.”

Artinya: Aturan dalam sistem pola kalimat dasar dalam bahasa manusia.

Sumber:

Buku Ihwal Ilmu Bahasa dan Cakupannya. Karangan Suherlan dan Odien. R

Pengajaran Sintaksis Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan.

Pada mulanya memang tak berapa minat nak tulis blogni. tapi rasanya kini minat dah mula timbul . Akan ku isi segala maklumat dan apa yang tersirat di hati ini. Kepada sahabatku  abg.Sool tq .v.m.

Ketua oooh ketuaku .....

Ketuaku seorang yang baik dan bertimbang rasa . Aku berasa amat bersyukur mempunyai seorang ketua yang baik dan bertimbang rasa sepertinya . Aku berdoa agar terus mempunyai seorang ketua yang bertimbang rasa dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil...

cerita warisan

Kami dilahirkan dalam sebuah kampung yang bernama Telok Mas . Lima beradik ini  lelaki semuanya telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan . kami bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga bahagian ini . Akhirnya muncul pula seorang penyeri keluarga iaitu seorang puteri yang bernama Nor Liza. Kepada Nor adikku ,, jadilah seorang anak dan adik yang baik dan mendengar kata . Kita kini hanya mempunyai seorang ibu . setiap katanya adalah doa.Ingatlah dia dalam doa  sembahyang mu...

08 November 2011

Kehidupan 2011

Salam perkenalan ,, kita kini berada di akhir perjalanan kehidupan tahun 2011. Pelbagai peristiwa yang berlaku .. suka duka ..kelahiran....kematian.. adalah lumrah perjalanan hidup.
Ayah tercinta telah pergi buat selamanya .. semoga rohnya dirahmati Allah .
Kita sebagai manusia yang masih bernafas harus meneruskan sisa hidup yang penuh dengan dugaan dan ranjau sebelum jantung ini berhenti berdegup. Marilah kita muhasabah diri agar menjadi seorang insan yang bersyukur dan dapat menerima segala dugaan yang diberi dengan hati yang redho dan tabah.
Sekian dulu untuk mukadimah perkenalan kita .