23 December 2011

Hujan & .......... rahmat

Hari ini genap lima hari aku berada di Johor. Lima hari  jugalah hujan turun dan tidak berhenti. Kami semuanya berasa amat risau akan banjir yang mungkin akan berlaku. Namun disebalik apa yang berlaku ini para peniaga pakaian dan mekanik akan mendapat sedikit rahmat . Mereka akan mendapat pelanggan yang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka. itulah yang dikatakan hujan rahmat ...................amin.

19 December 2011

Kata-kata hikmat...........

Kebagusan amalan anggota badan seorang hamba tergantung pada kebagusan qalbunya. Apabila qalbunya salim (sehat), tidak ada di dalamnya melainkan kecintaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan kecintaan kepada apa yang dicintai Allah Subhanahu Wata’ala, takut kepada-Nya, takut terjatuh pada apa yang dibenci oleh-Nya, akan baguslah seluruh amalan anggota badannya.

Wasiat akhirku.......

Salam untuk semua . Kepada yang membaca blog ini aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog ini . Tujuan penulisan kali  ini adalah sedikit coretan wasiat  kepada isteri dan anak - anak ku. Isteriku kau adalah seorang isteri yang amat tabah dalam menjaga aku yang sentiasa bergelumang dengan penyakit ini . Aku bersyukur kerana mempunyai isteri sepertimu dan aku halalkan serta ampunkan semua kesalahanmu serta aku redho kau isteriku dunia akhirat .Semoga Allah menempatkan mu di dalam syurga Firdaus ...Insyaalah. Kepada anak-anakku , patuhilah segala tunjukajar ibumu dan jadilah anak-anak yang soleh serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa tidak kira masih hidup atau telah mati.
        Kepada adik-adikku , aku berharap sekiranya aku pejamkan mata .. kebumikanlah aku disebelah pusara abah tercinta. sekira boleh ... Kepada semua jagalah emak yang kita ada dan jengok jengoklah isteri dan kedua anakku yang ada sekarang ini .
     Semua  yang ditulis ini adalah pesananku yang terakhir sekiranya aku mati . Saban hari aku dapat merasakan penyakit yang datang menyerang ini semakin mengganas dan tidak tertanggung rasanya . Ingin saja aku memejamkan mata untuk melenyapkan segala penderitaan ini. Tapi semua itu   adalah suratan yang telah ditulis dan ditetapkan Allah . Aku redho dengan dugaan yang diberikan ini . Aku berdoa semoga penderitaan aku ini akan cepat berakhir... amin.

11 December 2011

Dugaan ........dan kesabaran

               Minggu ni aku pulang ke kampung halaman bersama keluarga . Ini merupakankali kedua kami pulang ke kampung selepas abah meninggal dunia . Namun apabila pulang ke kampung aku telah ditimpa sedikit dugaan Allah . Selama  seminggu  aku tidak dapat bergerak dengan baik kerana mengalami penyakit sendi . Namun begitu ,, hati ini tetap bersyukur kepada Allah kerana masih berkesempatan menatap wajah Ibu dan adik adik tersayang . Terasa limpahan kasih sayang yang tidak terhingga .. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini . Aku berdoa semoga kami semua dilimpahi rahmat danri Allah dan mendapat perlindungannya sentiasa .Aku berharap agar penyakit yang aku hadapi ini akan menjadi penguat kepada aku untuk meneruskan kehidupan. Allah maha berkuasa untuk segalanya .......Allah mahabesar ...

05 December 2011

Sindiran dan cara .....

        Hari ini aku telah menerima satu sms yang boleh dikategorikan sebagai satu sindiran yang manis dan sedap didengar . Sms yang dihantar berunsur marah tetapi diolah dengan manis dan apabila kita baca lambat rasa marah . Tetapi masalahnya masej yang dihantar itu bertujuan untuk memarahi kerana tidak melakukan sesuatu perkara . namun begitu , tugasan yang diamanahkan itu telah diserahkan kepada orang lain . Aku hanya diberi tanggungjawab tersebut selama dua bulan dan hanya sebagai pembantu sahaja . Tetapi sahabat aku ni mungkin salah tafsir dan telah beranggapan bahawa aku yang bertanggungjawab  di atas semua kesalahan yang berlaku . Telikkkkk tapi benar.. Walau bagaimanapun aku hanya mengambil pendekatan baca dan diam saja . Jangan cepat melatah nanti ia akan menyuahkan kita juga ....  semoga sahabat aku tu sedar di atas apa yang berlaku .... aminnnn

04 December 2011

Masyarakat dan buku ...... sudahkah berubah ??????

         Malam semalam aku dan isteri telah menonton sebuah rancangan di Astro . Dalam rancangan itu terdapat sepasang suami isteri  yang diberi sejumlah wang untuk bermain dalam satu permainan minda . Pada permainan pertama sahaja pasangan itu telah kehabisan semua wang yang diberi . Ini kerana mereka tidak tahu Tarian Dondang sayang berasal dari negeri mana . Mereka telah menaruhkan sejumlah wang di negeri Sabah dan Perak. Mereka tidak meletakkan taruhan wang di negeri Melaka . Mengapa ini berlaku . Mengapa pemilihan mereka tidak tepat . Sepatutnya soalan yang sebegitu mudah dapat menyelamatkan wang mereka
         Bagi peserta kedua pula mereka tidak dapat meneka masakan gulai masak lemak cili padi polular di negeri mana???  mereka memilih negei sarawak ???? pelik sungguh. 

    Bagi kedua - dua kes ini boleh kita buat kesimpulan  bahawa masyarakat  di negara kita  ini sememangnya  amat-amat-amat kurang membaca . Kita akan berasa marah jika masyarakat luar mengatakan bahawa kita malas membaca .Tetapi kini kita telah membuktikan semula semua tohmahan orang luar  tanpa kita sedari .
         Sebagai pengajaran  kepada kita dan masyarakat di negara ini ,, perbanyakkanlah membaca dan kurangkan bergaduh di antara satu sama lain. Sekian







01 December 2011

Mengenal Allah

Bagaimana ciri-ciri orang yang mengenal Allah? Kalau orang yang mengenal Allah setiap dia mengalami suatu masalah pasti masalah itu akan dikembalikan kepada Allah, berdoa dan mengadu kepada Allah karena hanya kepada Allahlah kita akan kembali.
Anda dapat mengenal Allah melalui Al-Qur"an, bahkan ada satu surat dimana Allah menjelaskan siapa diri-Nya, coba anda lihat Al-Qur"an surat Maryam - 65 yang berbunyi :
"Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi, dan apa-apa yang ada diantara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah?)"
Betapa indah dan tegasnya ayat tersebut, bahkan selain menjelaskan tentang siapa Allah ayat tersebut juga menjelaskan apa kewajiban kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta yaitu beribadah kepada-Nya, dan sampai kapan kita harus terus beribadah? sampai kita MATI.
Ibadah memiliki syarat agar ibadah itu di kategorikan sebagai ibadah yang benar yaitu :
  • Ikhlas, ikhlas melaksanakan ibadah karena Allah
  • Sesuai dengan syariat yaitu sesuai Al-Qur"an dan hadist jadi kalau tidak ada di dalam Al-Qur"an dan Hadist jangan dikerjakan karena bid"ah hukumnya haram dan amalannya akan tertolak