Malam semalam semua anak -anakku telah mengikut sepupu mereka ke I Ct. Kata mereka orang terlalu ramai dan sukar untuk berjalan .. Menurut isteriku ,,,, banyak kemudahan yang telah ditambah semenjak kami datang 9 bulan dahulu. Kalau dulu hanya ada rumah salji yang tak berapa sejuk dan pokok - pokok berlampu yang baru di pasang .
Tapi sekarang semuanya telah berubah . Pokok - pokok yang berlampu telah banyak dipasang . Rumah salji juga telah banyak diperbaiki. Jadi kepada semua yang sedang bercuti selamat bercuti,,,,,,
27 November 2011
25 November 2011
PUSRATU.....dan Atritis
Hari ni pergilah saya dan isteri serta anak-anak ke PUSRATU, di Paya Jaras, Selangor. Tujuannya ke sana adalah ingin mencari panawar ubat bagi penyakit Atritis yang telah mendampingi diri ini lebih kurang 3 tahun lamanya . Penyakit ini kalau ikut kata doktor pembawakan daripada genetik dan sehingga kini belum dijumpai ubat yang benar - benar mujarab . Kini telah terbuka jalan yang ditunjukkan Allah kepada saya semoga saya dapat bertemu jodoh ubat bagi penyakit yang telah lama dihadapi ini.
Menurut pengamal perubatan di PUSRATU , penyakit ini berada dalam kategori "garang" . Ya memang saya akui. Sebabnya kalau makan ubat paling lama dua atau tiga kali aje yang berasa lega , lepas itu penyakit ini akan menyerang semula dalam kadar dua kali ganda . Pada masa tu , sakitnya janganlah cerita ,, hanya Allah sahaja yang tahu.
Oleh itu dengan bermulanya proses perubatan ini pada hari Isnin hadapan semoga diri ini dapat bertahan dan menemui jodoh ubat bagi penyakit ini . Semoga Allah meringankan penyakit yang ada di badan saya dan berada dalam keadaan sihat semula ,,, insyaalah . Kita hanya berharap ,berikhtian dan berdoa hanya Allah yang memakbulkan segalanya . Amin semoga penantian mencari ubat ini akan beroleh kejayaan dan keberkatan dari Allah ...
22 November 2011
Bola dan kereta kebal
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda kita yang telah berjaya mematahkan keegoan Sang Garuda dalam Game bola yang lalu . Jika kita lihat dalam dunia mana kalau nak pegi ke padang bola kena naik kereta kebal. Semua ini hanya terdapat di negara sana . Pelik sungguh . Nak pergi beli tiket atau beli baju untuk di bawa pulang ke tanah air juga tak tahulah macam mana tahap keselamatan di sana . Kita lihat kelakuan dan tindak balas orang di sana yang mencaci dan memaki hamun pemain kita sebelum perlawanan bermula . Akhirnya dengan keazaman dan keizinan Allah kita dapat membisukan 80 ribu penyokong mereka .Tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang telah bermain bermati matian semasa berada di sana . Tahniah sekali lagi .
Cuti dan cuti
Cuti dah bermula . Ingatnya nak bawa anak isteri pergi bercuti di mana - mana. Namun terdapat halangan yang tak dapat dielakkan . Almaklumlah badan pun tak berapa sihat .Kasihan melihat mereka . Apa nak buat ,,, ingat nak kirimkan mereka pergi ke Perak bersama sepupu -sepupu mereka , tapi rasa bimbang plak , sebab anak sulungku tu kalau dah jumpa air susah nak berhenti. Ahhhh dalam delema plak aku ,,, tak tau lagilah macam mana . ......
21 November 2011
Astro .... ohhhhhh Astro .....
Baru dua hari aku membeli Tv baru untuk anak-anakku. Maklumlah Tv yang lama telah tamat riwayatnya . Aku rasa amat sayang akan Tv tg lama tu ,, baru 8 tahun digunakan tapi nak buat macam mana dah rosak , maka terpaksalah beli Tv yang baru.
Bila dah beli Tv baru ,, lain pula masalahnya ... gambar di kedai sangatlah cantik tapi bila dah beli dan bawa balik ... lain pula jadinya . gambar Tv yang baru beli tu tidak secantik di kedai. Bila aku bertanya semua kepada budak yang menjual Tv tu .. dia beritahu yang aku mesti melanggan Bion Astro untuk mendapatkan kualiti gambar yang cantik. Dia kata Tv LED yang aku baru beli tu tak sesuai dengan astro lama . Hai politik betullah dia orang ni. Memang main politik kotor . Tapi kita sebagai pengguna nak cakap apa terpaksalah mengikut sahaja kalau ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.
Inilah padahnya kalau tiada persaingan dalam dunia penyiaran swasta . Astro bebas menaikkan yuran langganan dan main kotor dalam menyalurkan pancaran siaran kepada pengguna . hai ... duit lagi. Bilalah masalah ekonomi nak selesai . gaji tak naik lagi ... harga semua barang dah naik.....
Subscribe to:
Posts (Atom)