09 November 2011
Pada mulanya memang tak berapa minat nak tulis blogni. tapi rasanya kini minat dah mula timbul . Akan ku isi segala maklumat dan apa yang tersirat di hati ini. Kepada sahabatku abg.Sool tq .v.m.
Ketua oooh ketuaku .....
Ketuaku seorang yang baik dan bertimbang rasa . Aku berasa amat bersyukur mempunyai seorang ketua yang baik dan bertimbang rasa sepertinya . Aku berdoa agar terus mempunyai seorang ketua yang bertimbang rasa dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil...
cerita warisan
Kami dilahirkan dalam sebuah kampung yang bernama Telok Mas . Lima beradik ini lelaki semuanya telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan . kami bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga bahagian ini . Akhirnya muncul pula seorang penyeri keluarga iaitu seorang puteri yang bernama Nor Liza. Kepada Nor adikku ,, jadilah seorang anak dan adik yang baik dan mendengar kata . Kita kini hanya mempunyai seorang ibu . setiap katanya adalah doa.Ingatlah dia dalam doa sembahyang mu...
08 November 2011
Kehidupan 2011
Salam perkenalan ,, kita kini berada di akhir perjalanan kehidupan tahun 2011. Pelbagai peristiwa yang berlaku .. suka duka ..kelahiran....kematian.. adalah lumrah perjalanan hidup.
Ayah tercinta telah pergi buat selamanya .. semoga rohnya dirahmati Allah .
Kita sebagai manusia yang masih bernafas harus meneruskan sisa hidup yang penuh dengan dugaan dan ranjau sebelum jantung ini berhenti berdegup. Marilah kita muhasabah diri agar menjadi seorang insan yang bersyukur dan dapat menerima segala dugaan yang diberi dengan hati yang redho dan tabah.
Sekian dulu untuk mukadimah perkenalan kita .

Subscribe to:
Posts (Atom)