15 November 2011

Masyarakat.....Mentaliti & wang

Dewasa kini kita dihangatkan dengan pemberian wang Rm100 untuk semua murid sekolah . Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin akan nasib dan kedudukan ekonomi kami rakyat jelata yang begitu meruntun jiwa . Namun begitu , terdapat segelintir di antara kita yang kurang sabar untuk menerima wang tersebut. Ada antaranya yang telah menelifon pihak sekolah bagaimana dan bila boleh dapat wang tersebut. Walaupun telah diberitahu pada mulanya wang itu akan diberi , cuma hanya menanti  masa dan ketika , namun  ada di antara mereka seperti tidak faham .. dan sanggup menghamburkan kata -kata yang kurang enak didengar hanya kerana kelewatan mendapat wang tersebut.
             Alangkah baiknya jika sikap sebegitu ditunjukkan apabila dijemput datang ke sekolah untuk menanda kad kemajuan anak. Alasan yang diberi sibuk ,, tak ada masa ,, dan macam-macam lagi. Tetapi jika perkara yang menyentuh berkaitan wang ,, pasti akan sampai . Saya bukan ingin memprsoalkan tindakan mereka itu ,, tetapi berasa amat kesal dan semua kelakuan yang berlaku ini  telah dapat menggambarkan mentaliti dan cara masyarakat kita berfikir.
         Sebagai contoh jika dilihat di Kota London, mereka ada menjual surat Khabar dengan hanya meletakkan tong dan tempat mengisi wang sahaja .Kita dapati masyarakat di sana akan mengambil senaskah surat khabar yang ingin di beli dan memasukkan wang secukupnya ke dalam kotak yang disediakan . Cuba kita imaginasikan   teknik penjualan akhbar ini di aplikasikan di negara kita ... saya rasa bukan surat khabar yang habis bahkan tong duit pun akan hilang sekali. Ini hanya pandangan dan pendapat peribadi sahaja . 
         Walau bagaimanapun tidak semua insan di negara ini yang berperangai seteruk ini . Kita masih lagi berupaya menjadi masyarakat kelas pertama jika banyak aspek diperbaiki sama ada dalam diri atau luaran . Semoga apa yang dicatatkan di sini dapat dikongsi bersama dan menjadi ikhtibar kepada kita semua.