04 December 2011

Masyarakat dan buku ...... sudahkah berubah ??????

         Malam semalam aku dan isteri telah menonton sebuah rancangan di Astro . Dalam rancangan itu terdapat sepasang suami isteri  yang diberi sejumlah wang untuk bermain dalam satu permainan minda . Pada permainan pertama sahaja pasangan itu telah kehabisan semua wang yang diberi . Ini kerana mereka tidak tahu Tarian Dondang sayang berasal dari negeri mana . Mereka telah menaruhkan sejumlah wang di negeri Sabah dan Perak. Mereka tidak meletakkan taruhan wang di negeri Melaka . Mengapa ini berlaku . Mengapa pemilihan mereka tidak tepat . Sepatutnya soalan yang sebegitu mudah dapat menyelamatkan wang mereka
         Bagi peserta kedua pula mereka tidak dapat meneka masakan gulai masak lemak cili padi polular di negeri mana???  mereka memilih negei sarawak ???? pelik sungguh. 

    Bagi kedua - dua kes ini boleh kita buat kesimpulan  bahawa masyarakat  di negara kita  ini sememangnya  amat-amat-amat kurang membaca . Kita akan berasa marah jika masyarakat luar mengatakan bahawa kita malas membaca .Tetapi kini kita telah membuktikan semula semua tohmahan orang luar  tanpa kita sedari .
         Sebagai pengajaran  kepada kita dan masyarakat di negara ini ,, perbanyakkanlah membaca dan kurangkan bergaduh di antara satu sama lain. Sekian