11 December 2011

Dugaan ........dan kesabaran

               Minggu ni aku pulang ke kampung halaman bersama keluarga . Ini merupakankali kedua kami pulang ke kampung selepas abah meninggal dunia . Namun apabila pulang ke kampung aku telah ditimpa sedikit dugaan Allah . Selama  seminggu  aku tidak dapat bergerak dengan baik kerana mengalami penyakit sendi . Namun begitu ,, hati ini tetap bersyukur kepada Allah kerana masih berkesempatan menatap wajah Ibu dan adik adik tersayang . Terasa limpahan kasih sayang yang tidak terhingga .. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini . Aku berdoa semoga kami semua dilimpahi rahmat danri Allah dan mendapat perlindungannya sentiasa .Aku berharap agar penyakit yang aku hadapi ini akan menjadi penguat kepada aku untuk meneruskan kehidupan. Allah maha berkuasa untuk segalanya .......Allah mahabesar ...