19 December 2011

Wasiat akhirku.......

Salam untuk semua . Kepada yang membaca blog ini aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog ini . Tujuan penulisan kali  ini adalah sedikit coretan wasiat  kepada isteri dan anak - anak ku. Isteriku kau adalah seorang isteri yang amat tabah dalam menjaga aku yang sentiasa bergelumang dengan penyakit ini . Aku bersyukur kerana mempunyai isteri sepertimu dan aku halalkan serta ampunkan semua kesalahanmu serta aku redho kau isteriku dunia akhirat .Semoga Allah menempatkan mu di dalam syurga Firdaus ...Insyaalah. Kepada anak-anakku , patuhilah segala tunjukajar ibumu dan jadilah anak-anak yang soleh serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa tidak kira masih hidup atau telah mati.
        Kepada adik-adikku , aku berharap sekiranya aku pejamkan mata .. kebumikanlah aku disebelah pusara abah tercinta. sekira boleh ... Kepada semua jagalah emak yang kita ada dan jengok jengoklah isteri dan kedua anakku yang ada sekarang ini .
     Semua  yang ditulis ini adalah pesananku yang terakhir sekiranya aku mati . Saban hari aku dapat merasakan penyakit yang datang menyerang ini semakin mengganas dan tidak tertanggung rasanya . Ingin saja aku memejamkan mata untuk melenyapkan segala penderitaan ini. Tapi semua itu   adalah suratan yang telah ditulis dan ditetapkan Allah . Aku redho dengan dugaan yang diberikan ini . Aku berdoa semoga penderitaan aku ini akan cepat berakhir... amin.

No comments:

Post a Comment